Sunday 27 February 2011

TAJUK:
            MASJID PERMATANG TINGGI 'A'



DISEDIAKAN UNTUK:
            USTAZ ABD AZIZ B. HARJIN
            PENSYARAH CTU 151



DISEDIAKAN OLEH:
             NURUL AIN BT ZAINUDIN
             2010497528
             ASD2Dn



PROGRAM:
              DIPLOMA SAINS



TARIKH HANTAR:
               28 FEBRUARI 2011


ISI KANDUNGAN

1.         ABSTRAK / PENDAHULUAN
2.         ORGANISASI MASJID
3.         SEJARAH PENUBUHAN
4.         PERANAN MASJID
5.         FASILITI YANG DISEDIAKAN
6.         AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
7.         PENUTUP
8.         BIBLIOGRAFI

ABSTRAK / PENDAHULUAN

          Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara‘ pula ialah di mana-mana tempat  permukaan bumi ini.

          Manakala dari sudut istilah atau ‘urf masjid itu ialah tempat yang disediakan bagi  mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya.

            Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah, di antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan.

 

            Jika setakat yang ditanda sebagai sempadan itu hanyalah tiang saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai, atau oleh pewakaf – jika ia masjid wakaf – maka yang berada di luar sempadannya tiada dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hakam masjid seperti iktikaf.

ORGANISASI MASJID

            Masjid Permatang Tinggi ‘A’ merupakan salah sebuah masjid yang terdapat di Pulau Pinang. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran dan masjid Permatang Tinggi ‘A’ merupakan antara masjid yang terletak dalam salah sebuah daerah di Pulau Pinang. Masjid ini telah dikendalikan oleh sebuah jawatan kuasa dan pegawai masjid yang dilantik oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Perjalanan pentadbiran masjid ini telah diawasi atau di pantau oleh pihak Pegawai Tadbir Agama Daerah di Pulau Pinang.

            Masjid ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Hashim. Imam utama masjid ini ialah Tuan Haji Adnan bin Mad Taib. Bilal bagi masjid Permatang Tinggi ‘A’ ini pula ialah Haji Saidin bin Othman. Masjid ini juga mempunyai seorang kadi. Kadi bagi masjid ini ialah Haji Abdul Aziz bin Abd Rahim. Selain itu, masjid ini juga mempunyai pegawai yang menguruskan hal ehwal pengurusan jenazah. Bagi jenazah lelaki, Haji Said bin Abdullah merupakan ketua bagi tugas ini. Manakala bagi jenazah perempuan pula akan diketuai oleh Hajah Zainab binti Samad.


SEJARAH PENUBUHAN

         Masjid ini telah lama dibina sejak tahun 1959 lagi. Pada mulanya, masjid ini dibina dibina daripada kayu dan bumbung mengadap ke arah kiblat. Di hadapannya dibentuk sedikit  anjung untuk imam dan di bahagian belakangnya pula dibuat sebuah kolah sebagai tempat mengambil air sembahyang.

Masjid ini pada awal pembinannya mempunyai 4 batang tiang agung yang menjadi tunggak bumbung masjid yang di atas sekali dengan kubahnya merupakan unsur simbolik penghubung antara manusia dan alam sejagat dengan Tuhan penciptanya. Masjid ini juga mempunyai 4 penjuru. 4 penjuru masjid yang mengikut 4 tiang agung melambangkan 4 penjuru alam dan isinya wajib menyembah Allah.
 
            Adapun pembinaan masjid di Malaysia selepas merdeka tidak lagi menitikberatkan unsur-unsur yang membawa pengertian-pengertian simbolik tetapi menekankan kepada keindahan dan kesesuaian masa dan penggunaannya. Kini, masjid ini sudah diubah suai menjadi lebih besar dan selesa untuk kegunaan bersama. Masjid yang dahulunya hanya diperbuat daripada kayu kini sudah berubah menjadi batu. Hanya beberapa ciri – ciri lama sahaja yang dikekalkan.



PERANAN MASJID

HADAPAN MASJID

          
             Rumah suci Allah S.W.T. ini mempunyai beberapa peranan yang tersendiri. Pertama, masjid ini berperanan sebagai ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.

            Selain itu, masjid juga berperanan sebagai pusat pendidikan. Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu. Masjid ini juga merupakan tempar untuk pengisian rohani dan ilmu bagi individu setempat.
           
Di masjid ini juga, kegiatan-kegiatan Islam dijalankan seperti sembahyang jemaah, menjalankan pengajaran Al-Quran, mempelajari hukum-hukum Islam, sebagai tempat bermesyuarat dan kegiatan-kegiatan umum yang bersangkut paut dengan syiar Islam. 





SOLAT BERJEMAAH

KULIAH MAGHRIB


FASILITI YANG DISEDIAKAN

Masjid ini mempunyai kubah utama yang besar dan berwarna putih dan mempunyai mini landskap di hadapan masjid tersebut. Menurut salah seorang bilal di masjid ini, Haji Saidin bin Othman, masjid ini mampu memuatkan lebih kurang 1000 orang pada suatu masa yang sama. Selain itu, masjid ini juga menyediakan tempat parkir kereta yang terhad. Oleh yang demikian, pada musim perayaan, masjid ini dipenuhi oleh penduduk – penduduk sekitar dan kenderaan mereka hanya mampu diletakkan di luar kawasan masjid dan di sepanjang jalan.

ATM
            Masjid Permatang Tinggi ‘A’ juga turut menyediakan fasiliti yang agak lengkap dan selesa. Tandsas di masjis ini sangat bersih dan memberi keselesaan kepada pengguna. Di samping itu, masjid ini juga turut menyediakan sebuah perpustakaan mini khusus untuk penduduk setempat sebagai tempat rujukan ataupun sebagai tempat untuk meluangkan masa bagi individu yang gemar membaca.

            Selain itu, masjid ini juga turut mempunyai sebuah mesin ATM untuk kegunaan bersama. Oleh yang demikian, penduduk setempat tidak perlu untuk ke pecan bagi mengeluarkan wang.

            Mengenai peranan bagi masjid Permatang Tinggi ‘A’ , menurut hasil temu ramah dengan Haji Saidin bin Othman, masjid ini mempunyai banyak peranan sebenarnya. Tetapi peranan – peranan ini sama ada diketahui umum mahupun tidak sahaja. Bagi individu yang gemar menghadirkan dirinya ke masjid yang suci ini, mungkin peranan masjid ini kepada penduduk – penduduk sekitar diketahuinya. Manakala bagi yang jarang menghadirkan diri ke masjid, sudah tentulah tidak tahu menahu mengenai peranan masjid ini kepada umat Islam yang menghuni di sekitar daerah ini.

TANDAS YANG BERSIH